Proses - Bagaimana Kami Bekerja
Kami memaksimumkan sumber untuk memberikan perkhidmatan bernilai, berdasarkan pengalaman projek lepas dan kejayaan terbukti.

Kenal Pasti
Kami berhubung rapat dengan pelanggan untuk memahami keperluan dan matlamat, bagi mengetahui operasi asas syarikat dan mencadangkan alat yang sesuai.
Apabila data mencukupi, kami mula merancang proses termasuk bajet.
Selepas mencapai persetujuan kami beralih ke peringkat seterusnya.
Peringkat ini merangkumi:
- Fahami operasi dalaman
- Rujuk kajian kes
- Perbincangan awal pasukan

Bina
Berdasarkan penemuan, kami mereka penyelesaian sesuai untuk keperluan semasa dan perkembangan masa depan.
Kami ringkaskan perkara teknikal dan bukan teknikal supaya mudah difahami dan sehaluan.

Serah
Sepanjang pembangunan, kami berikan maklum balas dan buat penyesuaianjika perlu. Kadangkala mungkin melibatkan bajet tambahan.
Kami respon mengikut masa yang dipersetujui dan pastikan projek siap mengikut tarikh akhir , supaya jadual semua pelanggan terjamin.
Kami pastikan setiap aplikasi diserahkan dengan fungsi penuh . Jika kami dipilih sebagai pasukan penyelenggaraan, kami akan terus melindungi daripada ancaman siber.
Merangkumi:
- Ujian. Kami jalankan ujian keselamatan asas untuk mematuhi piawaian keselamatan siber.
- Infrastruktur. Daripada kod hingga ke pelaksanaan, kami pastikan semuanya berjalan lancar.
- Sokongan. Tiada siapa yang lebih memahami sistem ini daripada kami—serahkan kepada kami untuk uruskannya.
Nilai - Keseimbangan Antara Kebolehpercayaan & Inovasi
Kami sentiasa mengikuti teknologi terkini tetapi berpandukan nilai teras, memastikan hasil yang praktikal dan bermakna.
- Teliti. Kami beri perhatian pada setiap perincian supaya imej jenama dipersembahkan dengan sempurna.
- Cekap. Kami bangga menepati masa dan mengekalkan kepercayaan pelanggan.
- Mudah Menyesuaikan Diri. Setiap syarikat unik—kami sesuaikan penyelesaian mengikut keperluan.
- Jujur. Kami kekalkan ketelusan supaya pelanggan faham setiap langkah.
- Setia. Kami hargai hubungan jangka panjang dan berkembang bersama pelanggan.
Ceritakan Projek Anda
Pejabat
- Kuching
Sublot 24, Lorong Eco Park Light Industrial 1, Jalan Penrissen,
93250 Kuching, Sarawak
